">

Monday, February 2, 2009

Tunggangan Selatan Tanah Air 31Jan - 1Feb 2009 Codename: SR2 Part 1: RV

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Seperti mana yang dikhabarkan dalam blog ini, kini laporan konvoi bermotosikal ke selatan tanah air akan diceritakan. Laporan ini terbahagi kepada 4 bahagian iaitu;
Part 1: RV
Part 2: Jalan Pergi
Part 3: Lokasi
Part 4: Jalan Balik.
Aku orang yang mula mula register untuk ride kali ni..

Persiapan untuk konvoi ni bagi aku taklah teruk sangat pasal moto dan riding gear, semuanya tip top sebab moto aku selalu jalan long distance 'i love my bike'.....n my wife n my kid'..hehe
Tapi dua minggu sebelum sr2 ni aku tgk tayar depan moto aku macam dah nazak ja....aku balik kampung pun naik bas saja...punyalah nak save tayar tuh...tapi sehari sebelum konvoi aku betoi betoi teringat pasai tayar tuh....jadi dalam jam 530 hari jumaat tu aku hantar eddy g ambil moto dia kat kedai Hj Azka...kat situ ada tayar perilly diablo 2nd hand baru pakai 700km...dah lama aku tgk tayar tu....lepas bincang harga aku pun suruh pomen tunggu akau balik ambik moto...masa anta eddy g aku bawa scooter..jam 630 baru sampai balik ke kedai..
Pomen tu korek tayar pastu tiba tiba "adoi!!!" ..dia menjerit...jari dia kena dawai....rupanya belah dalam tayar moto aku dah keluar dawai.... ni first time aku tgk dawai keluar belah dalam dulu...selalu ni dawai keluar belah luar saja.....nasib baik aku tukar tayar....kalau tak....tak tau la....
Malam tu jam 12 aku kawtim dengan pak guard minta dia buka toilet kat bawah flat aku tinggal sebab nak basuh moto....jam 100 settel...pi minum dengan member jam 2 pagi balik jam 230 baru terlelap. Jam 530 dah tejaga takleh tido....semangat tu....mandi ...sembayang ...turun bawah spray rantai...jam 730 shoot ke rv di shell lepas toll sungai besi hala selatan...
ZZRianz SOUTHERN RIDE D'RETURN CODENAME: SR2
LOKASI : PANTAI AIR PAPAN,MERSING
DATE : 31 JAN-01 FEB 2009
RIDERZ::1. Zainey , Amm , Hisyam , Mohan, Ghimeh , Shamzx11 , kapten tenukz , Vigo - Azamreeves ,. Furqaan , pak din , Redzman , Nawza , Eddy_G,Lengkuas ,Arif0610,Suffian ,Kamal , Tok Misai , Pokan , jimf , Ajis , jefnoka , Mantoia ,Jln.berkelan n wife ,Halim n Wife ,Unos , Farislan & wife , Potenza69 , Akira ,ZZR250
Flagger: 1. Wargaemas n wife 2. Cak_on 3. Kinjeng@Abu Aiman
Konvoi kali ini disertai seramai 29 penunggang motosikal berbagai jenis, sebuah kereta (tak ikut balik) dan 3 pillion.

Aku sampai sampai saja terus salam salam pastu capai kamera ambik gambar....niat aku nak ambik gambar kat semua tempat berenti..

Lokasi yang dituju adalah Pantai Air Papan Mersing Johor. Jarak perjalanan pergi dan balik adalah sejauh lebih kurang 900km.

Phamplet yang disediakan oleh Jimf...tq Jimf

Dalam phamplet ni ada semua maklumat lengkap tentang konvoi ni....jalan mana nak lalu, nak berenti kat mana, nak isi minyak dengan perut kat mana...semua ada




Shell lepas toll sungai besi hala selatan...aku sampai dalam jam 745 pagi



Aku tengok dah lebih separuh yang sampai....

Antara rider rider yang semangat nak bertolak....masa ni ketua konvoi uncle jimf belum sampai

Gambar aku...suit kulit,tayar depan baru...fuhhh...konfiden ja rasa....tapi bila jumpa kona...hampehhh jugak...ni bila tua boleh tunjuk kat cucu ...atok dulu zzrian...

Moto uncle jimf yg depan...belakang jln berkalan
Spanar pertama keluar..moto kamal nak ketatkan rantai...alih alih skru loose...pakcik pam 2 tgh tolong...kat situ jln berkalan,kamal, potenza dan wargaemas tolong tgk Ketibaan saudara ngah/along sekotori aka raziskov..
Jam 8 pagi semua rider dah samapi kecuali pilot....jimf pun call "kapten...mana kau....kapten jawab "alamak...aku baru bangun tido.....jimf cakap "aku dah agak dah.....cepat sket"...tulah lebih kurang dialog diaorang.....sambil tunggu kapten...apalagi....snap gambar...

Flagger...wargaemas dan cak on
3 peserta perrempuan ikut suami masing-masing....jln berkalan wife, farislan wife dan halim wife

Kereta azamrev yng ikut serta tapi tak tidur...family matters katanya...tq sebab tolong bawa beg dan nasi lemak
Kapten pun sampai
Jimf baju hijau selaku ketua konvoi bagi taklimat...... ada lengkuas, sifu, bro hisham, bro halim, mohan....akiera (takda dalam gambar) baca doa

Kamal dijangka akan memberi laporan penuh mengenai konvoi kali ini..


Selepas taklimat kami pun bertolak dalam jam 900 pagi..........
bersambung ke Part 2: Jalan Pergi......


No comments:

Post a Comment