">

Tuesday, February 3, 2009

Tunggangan Selatan Tanah Air 31Jan - 1Feb 2009 Codename: SR2 Part 3: Lokasi

sambungan dari Part 2: Jalan Pergi

Lebih kurang jam 545 kami pun sampailah ke destinasi yang dituju. Sampai sahaja kami disambut oleh tiupan angin yang ganas tetapi mengasyikkan. Menurut peniaga di sana, sekarang ini pengujung musim tengkujuh dan tiupan angin akan seperti sediakala atau sepoi sepoi bahasa menjelang bulan March nanti.

Baru sampai.....tergoda dengan tiupan angin...tapi bila tgk air ....ombak bawa pasir...menara JPA3 pulak letak bendera merah tandanya bahaya....tak mandi laut la jawabnya...



Daun pokokkelapa menggerbang...sebab angin kuat


Puas......



Sampai saja...jimf selaku ketua rombongan cik kiah ke mersing terus kawtim dengan owner chalet...ambik kunci ...ada 1 dorm dan 6 bilik kalu tak salah...aku tido di bilik 5 katil dengan tok misai, eddy g, arif dan sufian....dalam pada itu kamalenko coba untuk meloloskan diri ke dalam bilik kami tetapi berjaya di tepis oleh eddy g...megapakah kamalenko bertindak demikian...tanyalah beliau sendiri....hehehe
Sampai sampai saja perut pun terasa lapar...maklumlah tadi lunch jam 1200...pastu tehentak perut dekat 300km...mau taklapar.....

Tadi masa mak ajis suruh bungkus semua orang malu malu......bila time makan....fuhhhhhh sampai tak cukup...aku walaupun keluar lambat ada juga lagi nasi lebih...blasah jerla...

Nampak tak karipap kat tangan kamal tuh....masa aku keluar pegang perut dia nak kasi karipap tu kat aku...dia ingat nasi dah abis......mulia sungguh hati kamal....heheh..tapi lepas tu dalam bilik kami waktu dia coba lolos ke katil eddy g....dia telah ditepis keluar...segala kemuliaan hatinya telah dilupakan


Lepas makan nasi lemak kami rehat di dalam bilik.....tok misai mulalah buka cerita dengan aksi aksinya di mana tempias dari aksinya telah terkena muka kamal....gambar tidak dapat disiarkan kerana berunsur 18sx.......aksinya telah membuatkan sufian yang tgh tido pun boleh gelak....
Dalam dok gelak tu jimf datang ajak minum.....sambil duduk di kedai makan sambil ambil gambar
Jimf usha orang juai otak otak....

Tiba tiba lalu seorang hero Hindustan...merupakan pencabar utama bagi adam d balong tatkala ini...

Lepas makan dah masuk waktu maghrib kami balik bilik mandi dan relaks lagi.....pastu dalam jam 830 diajak makan lagi...kali ni group pecah 4...satu group ke pekan mersing terdiri dari jimf, ciklan , pakcik pam no 2(time ni tak dapat title tu lagi) ghimeh...sesat lagi...hisham, ajis dan ada lagi lah.....group no 2 lepak kat kedai sambil minum air kosong.....aku, eddy g, kamalenko yang siap pakai jaket tapi last last makan burger tepi pantai dan ramai lagi...group no 3 pak dinz dan mohan....skandal pegi mana nih 2 orang??????....group no 4 group tido..tok misai.....pastu bangun awal start moto ganti azan Subuh.

Lepas makan beberapa orang dari kami telah dengan sukarelanya menubuhkan unit amal maaruf anil mungkar ...unit kami kemudiannya meronda di sekitar pantai bagi mencari dan mencegah kemungkaran...

Perbincangan tentang strategi meronda sedang giat berlangsung...


Sedang asyik meronda tiba tiba kamalenko telah diserang oleh tiga ekor makhluk halus..lihat gambar di sebelah kiri atas.....kamalenko dengan pantasnya mengeluarkan aura dari jaket B-power rangersnya dan dia pun menjerit..."BERTUKAR"....aksi beliau menumpaskan makhluk halus selepas beliau bertukar menjadi b-power rangers tidak dapat dirakam oleh lensa kamera kerana ianya berlaku dalam masa yang amat pantas iaitu 0.00013 mikrosaat....

Selepas habis meronda, aku pun lepak di dalam dorm sambil dengar laporan harian perjalanan hari ini...gelak...gelak...gelak ...takkan minum koka kola pung mabok....


Lepas habis gelak semua orang layan tgk astro...aku pun kluar nak masuk bilik nak tido...nampak pulak satu komplot yang tgh bincang macam mana nak tapau orang lain masa kona kat bukit putus esok...jam 2 pagi baru balik bilik....

Nak start tido ja...berdentum...tam tam tum...bunyi mercun
Dalam jam 6 pagi tok misai dah bangun tido...maklumla tido jam 9 malam...pastu ajak orang pegi minum.....mana ada kedai bukak....bila orang tak layan dia keluar bilik start moto...ganti azan subuh nak gerakkan orang...
Aktiviti jam 630 pagi...


bersambung ke Part 4: Jalan Balik

No comments:

Post a Comment