Hari Rabu tu hari last kerja sebelum cuti panjang (24/12 sampai 5 Jan). Pagi rabu sebelum balik kampung ada keja kat NIOSH Bangi dengan Megat. Habis keja pastu balik rumah.
Start ride dalam jam 4 petang. Semangat nak ride hari tu pasal baru beli sekuar kulit IZ-2 siap ada knee slider kaler merah. Hari tu balik pakai satu suit jacket IZ-2 yang dah lama beli 2 tahun lepas.
Balik ikut NPE pastu masuk bangsar pastu terus masuk tol PLUS jalan Duta. Ada kena ujan sikit kat rawang. Turun bukit Gua Tempurung tengok ada dua biji moto dok ikut kat belakang. Masa tu slow sebab turun bukit malas nak laju-laju. Ada sesetengah orang time turun bukit ni lah mereka nak tunjuk terrer. Konon kereta / moto laju. Untuk makluman, kalau turun bukit, guli yang bergolek pun boleh turun laju, beskal pun laju.
Berenti di Petronas (aktiviti wajib untuk isi minyak) ada sorang rider tu ikut berenti. Dia naik moto sama zzr1100 kaler itam plet pahang kalau tak salah. Sorang lagi tu jalan terus naik vulcan 500 kut.
Member tu ajak berenti kat bukit gantang ada tempat minum. Kami pun ride sama sama sampai rnr bukit gantang. Member tu nama dia Zaini jugak. Keja kuari kat Kampar rumah kat Taiping.
Dalam jam 630 kami teruskan perjalanan dia keluar di changkat jering. Lepas tol Sg 2 jalan jem orang nak masuk jambatan dalam jam 700 malam. Sampai rumah dalam jam 730.
Semua slamat.
Monday, January 5, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment