">

Thursday, January 15, 2009

Tunggangan Dark Rider Wedding 25 Oktober 08 Code Name: Oil Rice Ride (ORR)

Ok tuan-tuan...kali ni nak cerita tentang konvoi moto pulak...sesuai dengan tajuk dan minat aku kat kenderaan beroda ni...tak kira la kereta ka..moto ka..beskal ka...yg baru...yang lama...yg murah..yang mahal ka semua nya aku suka...

Konvoi ni pada 25-dan 26 Oktober anjuran Kelab Pemilik Motosikal ZZR (ZZR'IAN). Konvoi ini sempena memenuhi jemputan kahwin ahli forum Malaysian Riding Community ...code name dia Dark Rider. Ini first time aku join zzr'ian. Majoriti mereka ini adalah pemilik motosikal ZZR 250. Oleh kerana aku pun pemilik ZZR...aku rasa elok juga kalau aku join mereka. Sebenarnya mereka ni tak kisah pun jenis motosikal mana yang nak join mereka...cuma asalnya kebanyakannya pemilik motosikal ZZR. Contohnya pada konvoi ni ada seorang ahli bro POT naik LC135 saja.....

Kat office aku ada orang HR nama dia Incik Kamal..dia ni ahli zzrian ...dia yang dok ajak aku ikut mereka konvoi...aku pun kebetulan nak balik kampung...dan cuti pula minggu tu selama 3 hari sebab ada cuti apaker hari isnin....aku pun ikut.

Tanggal 25 Oktober 08...ceh...intro macam tragedi oktober pulak...aku kelaur rumah jam 630 pagi sebab janji nak RV kat RNR Rawang jam 700. Aku bawa moto slow ya amat...80 kmj sebab aku rasa macam keluar awal sangat...sampai RNR Rawang tepat jam 700 pagi...tgk tak ada geng lagi yang sampai. Isi minyak full tank ...masa tu minyak mahal lagi...rm2.55 lagi kut...lupa la...lepas isi minyak call Kamal....rupanya mereka baru sampai tapi tunggu kat area kedai makan...aku pun kesana...

Sampai sana ada la 4 orang zzrian kalau aku tak salah....tgk moto brader razis sudah berasap...hose air pecah...razis kata dah beli tapi tinggal kat rumah kat punck alam kan?...mula mula kamal suruh razis ambik moto dia patah balik ambil hose..tapi last last naik moto aku...aku bawa...

Razis naik dengan aku...kamal galas beg aku....aku pun terus la masuk highway bawa dengan penuh berhemah...keluar bukit beruntung patah balik ke lebuhraya guhtrie sampai puncak alam





Jarak dalam 50Km jugak...sampai rumah Razis ambik hose dia call geng di Rawang suruh buka hose yang rosak tu.......katanya "korang tolong buka hose tu....10 minit lagi kami sampai" dengan konfidennya......dalam hati aku...mak aiiii...50 km dalam 10 minit...heheh

Aku pun bawak la moto tuh...nak sampai dalam 10 minit nih......heheh...mereka kata tu kena naik kelajuan bunyi kentut tu....


Gambar ni sebelum bertolak.....masa ni aku kenal kamal sorang saja...arini aku dah kenal semua dah....dari kiri ...cepatttt jalann...tu kapten tenuk, amm, dukan ann (mekanik kat rawang), kamalenko, tok misai dengan jipjo...tgk tangan dukun ann tgh keluarkan tangkai nak kasi sorang satu...aku pun dapat.



Berenti di mana ni?...lupa la pulak....combine dengan highwayman dari situ


Ni chef bob.....naik 'unta'..kat RNR Tapah...kali ni posing kat moto aku..




ZZR'IAN kali ni stay kat chalet terapung telok Tempoyak....



Dalam feri....

Untuk konvoi kali ni aku ikut sampai Kuala Kangsar ja....sebab zzrian nak patah balik pegi Ipoh ...pegi rumah jimf ....dia dah suruh mak dia masak...pastu zzrian tak singgah...ada miscommunication sikit.....
Balik pun tak skali...mereka balik Ahad...aku balik Isnin..
Lepas ni konvoi terdekat adalah ke selatan tanah air...aku akan upkan kisahnya nanti...peserta dah ada 25 orang.....macam macam moto ada kali ni...gpz,er6,vulcan....datenya sama dengan kayuhan mengecam Israel kat Kepala Batas...maaflah KBCC tak dapat join kayuhan tu...
Kesimpulan......ZZR'IAN memang best.....

No comments:

Post a Comment