">

Monday, January 5, 2009

Kayuhan Perdana "Round the World" 3 Januari 2008 (Tasek Gelugur - A.Setar)

Untuk kayuhan kali ini...aku register last minute. Itupun lepas Syukri bagitau aku yang masih ada tempat kosong dan katanya semua yang kayuh tu naik mountain bike (mtb). Pastu aku sms Rozi, ketua kayuhan dan dia kata boleh join lagi.

Kayuhan kali ni kami kayuh bersama dua orang sahabat kami yang akan cuba memecahkan rekod dunia Guiness untuk kayuhan mengelilingi dunia terpantas. Dulu ada Mat Saleh buat kayuhan selama 279 hari. Sahabat kami ni nak buat dalam masa kalau tak silap 240 hari saja....lebih kurang 8 bulan. Ni kira kami join mereka training la ni.

Kayuhan kami buat kali ni masuk berita wilayah RTM1 jam 5 ptg 3 Januari. Pastu masuk paper mingguan malaysia dan juga sinar dan juga metro.....paper lain pun ada kut..

Gambar atas saudara Khalib. Dia yang nak pusing dunia.Dia ni anggota Komando kem Sg Udang Melaka. Dia pun weekend husband macam aku jugak ulang balik ke Serdang, Kedah. Dekat rumah dia ada trek mtb kami pangil Bukit Neraka. Selalunya kalau nak kayuh di bukit Neraka kami parking kereta kat rumah Khalib....dahtu mesti ada dia sediakan minum makan....tq Khalib dan keluarga. Saya start kayuh dengan Khalid ni dari tahun 2005 lagi. Dia selalu bawa anak (panggil abang long ja) dia kayuh sama. Tahun ni anak dia masuk tingkatan satu pastu dapat masuk Sekolah Sukan Bandar Penawar....jadi atlit berbasikal la nanti....

Kalau ada sapa sapa yang minat sukan lasak mesti tau Khalib ni penah menang Iron Man Malaysia. Kira dia memang atlit la...


Yang atas ni pulak Aswad. Dia ni saya baru kenal masa kayuhan ni. Dia pelumba basikal Perak. Mereka dua orang ni yang akan cuba pecah rekod. Tapi tgk pada cara mereka kayuh...mesti mereka boleh punyalah......

Masa balik dari kayuhan ni kami naik bas....beskal naik lori....masa balik tu aku duduk sebelah khalib...dia kata yang buat lambat masa kayuh ni kalau cuaca sejuk la....abih tgn dengan kaki kena sarung plastik.

Mereka ni dah habis training kayuh Round Asia...mereka kayuh kalau tak silap 93 hari...

Ok berbalik pada kayuhan perdana. Plan nak start jam 730 tapi time tu ujan lebat...tepat jam 8 kami dilepaskan oleh Yb Syahbudin (Ustaz Syahbudin ni selalu m asuk dalam forum perdana ehwal islam).

Baru saja kayuh dalam 10 minit.....Tok Penghulu Megat dengan wife dia jatuh masuk lubang...tu jerla accident hari tu...

Khalib dengan Aswad jadi Marshall. Kami semua ikut blakang....mula-mula Rozi kata kayuh bawah 22km/j...tapi lepas sg petani jadi 30km/j......kamal sampai cramp...aku nasib baik baru lepas lanyak kat taiping....tapi kesimpulan ....best...

Ucapan masa nak berlepas


Kena bihun sup kat Simpang 4 Kangkung....15 Km dari Alor Setar....orang Alor Setar belanja

Ambil gambar kat Sg. Petani...aku baju merah kat depan...baju fox beli kat funfair Cameron Highland...kalu kat kedai mau rm100 lebih...ni dapat murah ja...biasala barang tak habis kat kedaila tu...

Ni kat asrama KEMAS Alor Star lepas kayuh....kami mandi kat situ. asrama ni sebelah Kolej Universiti Insaniah (KUIN)


Masjid lepas kena bihun sup....sembahyang zohor.....sebalum bertolak ustaz yang baca doa dah pesan supaya jgn tinggal sembahyang...




Bihun Sup..




Beskal naik lori...pedallar naik bas sewa khas Nasmir Travel & Tour...dahsyat nasmir ni..dari jual nasi kandar buka hotel, pastu buat macam macam bisnes


Dengar ucapan dari sponsor makan tgh hari di Alor Star ZuZA...penah dengar ka...tauke sos cili ...tq Zuza



Berhenti rehat kat kaki gunung jerai



Makan di Sg. Petani...nasi lemak dan bihun goreng...tq sponsor





Kami sampai Alor Star jam 400 ptg sebab banyak berhenti....naik bas dalam jam 700 pastu sampaiTasek Gelugur jam 800 malam. Masa dalam bas tu Khalib kata kat aku yang dia rasa naik bas lagi lambat dari kayuh beskal....aku pun rasa camtu jugak.....hehehe
Kesimpulan....Kepada Khalib dan Aswad Semoga Anda Berdua Selamat Pergi dan Balik dan dapat pecah rekod.
Pada Rozi ketua kayuhan...boleh buat lagi kut kayuhan macam ni...memang best..tak terasa macam kayuh pi Alor Star....rasa macam kayuh pi Sg. Petani ja....cewahhhh....tu orang lain kata bukan aku kata.

No comments:

Post a Comment